Friday 31 October 2014


PENGENALAN PROJEK

Assalamualaikum w.b.t .. Bersyukur kehadrat illahi kerana kami dapat meyampurnakan projek akhir kami yang diberi nama 'pengupas kulit tebu'.Jutaan terima kasih juga pihak yang terlibat terutama kepada Cik Siti Mariam Binti Mahazan sebagai penasihat projek kami.
Pada era kini yang semakin membangun, telah banyak hasil rekaan dan produk
dihasilkan dengan mengunakan teknologi yang dapat memudahkan kerja manusia. Dengan itu, kami telah mencetuskan idea untuk merekabentuk 'mesin penggupas kulit tebu'.  


 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan sesuatu projek, objektif merupakan sesuatu perkara penting yang harus diambil kira agar sesuatu rekabentuk itu dapat dihasilkan mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Dengan adanya objektif yang mantap serta berkesan ia mampu melaksanalkan sesuatu projek tersebut dengan lebih sempurna dan mendapatkan hasil yang berkualiti dan berguna.

Antara objektif rekacipta mesin mengupas kulit tebu ialah:

1)    Mesin pengupas kulit tebu ini mampu mengupas tebu dalam julat diameter antara    20mm-45mm.
2)    Mesin mengupas kulit tebu ini direka khas bagi membuang kulit tebu.
3)    Merekacipta mesin mengupas kulit tebu secara manual.

 Dengan adanya mesin pengupas kilit tebu, masa untuk mengupas kulit tebu dapat dikurangkan berbanding dengan cara tradisional yang memelukan masa dan tenaga yang lebih banyak.
Dibawah merupakan contoh gambar cara mengupas kulit tebu tradisional.



Dibawah terdapat beberapa contoh gambar semasa kami melakukan kerja menyiapkan  projek kami.



Dibawah merupakan gambar projek kami yang separa siap.